Set senggugut shaklee

Hello and assalamualaikum


Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea (Satu keadaan di mana seorang wanita merasai kesakitan selama sehari atau beberapa minit akibat serangan haid). Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Tahap Senggugut

1) SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA
Senggugut primer atau ‘primary dysmenorrhea’ adalah disebabkan oleh penghasilan hormon ‘prostaglandin’ oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan ‘ibuprofen’ yang membantu menghalang penghasilan ‘prostaglandin’. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. ‘Prostaglandin’ yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran ‘prostaglandin’ dan perubahan hormon.

2) SENGGUGUT SEKUNDER
Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Simptom semasa senggugut 
  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicideideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot, kekejangan dibawah perut
Merawat senggugut dengan Shaklee



3 Supplement yang dicadangkan untuk mengatasi senggugut :


1. B Complex

  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

2. Ostematrix (Kalsium Magnesium)
  • Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut..
  • Sebelum haid bermula, paras kalsium akan menurun menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3. GLA Complex
  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

Saya pengedar sah shaklee cod area Kuala Terengganu, Kuantan dan UMP serta penghantaran seluruh malaysia melalui PosLaju atau GDEX. Untuk sebarang pertanyaan atau order, boleh contact :-


Sms / Whatsapp : 0193488266
Page : NH Shaklee