tambah berat badan dengan shaklee

Dalam pasaran banyak yang kita nampak suplemen, pil-pil, herba, jamu dan macam-macam lagi produk untuk menurunkan berat badan. Terlalu sedikit produk-produk yang kita tahu untuk yang golongan yang kurus memilih untuk menambah berat badan meraka.


                                             


GOLONGAN KURANG BERAT BADAN

Individu yang mempunyai berat badan 15-20% kurang bagi ketinggian atau umur (krause,2000). 
Ukuran IJT atau indeks jisim tubuh juga boleh digunapakai untuk penentuan kekurangan berat badan. Iaitu individu yang memiliki IJT kurang dari 18.5 dikategorikan dalam golongan kekurangan berat badan.


APAKAH INDEKS JISIM BADAN?
Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa InggerisBody Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Indeks Jisim Badan
Status
BMI
Kurus
Kurang 20.6
Normal
20.7 - 26.4
Gemuk
26.5 - 30.9
Obesiti
31.0 - 45.2
Bahaya
Lebih 45.3
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI   =   
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.


                                       



PUNCA KEKURANGAN BERAT BADAN

Sebahagian faktor adalah di sebabkan masalah fizikal dan sebahagian lagi berpunca dari masalah psikologikall. Berikut antara punca penurunan berat badan:

1) Penyakit

Individu yang berpenyakit akan menyebabkan penurunan berat badan dan seterusnya mengalami masalah kekurangan berat badan jika tidak mendapat rawatan sewajarnya. Antara penyakit yang sering dikaitkan ialah hipertiroidisma, kanser, batuk kering, kencing manis dan HIV atau AIDS. Keadaan berpenyakit melibatkan keperluan tenaga meningkat tetapi simptom atau kesan dari penyakit menyebabkan badan pesakit tidak mampu menampung keperluan tenaga yang tinggi. Antara kesan atau simptom yang berkaitan ialah kekurangan selera makan, peningkatan kadar metabolisma, keletihan, ulser mulut, masalah pencernaan dan sebagainya.

2) faktor psikologi

Antara masalah psikologi yang sememangnya membawa kepada masalah berat badan ialah aneroksia dan bulimia. Tetapi, masalah psikologi seperti kemurungan lebih kerap berlaku dan menyebabkan individu mengalami kekurangan selera makan, keletihan, tidur sepanjang hari dan sebagainya. Tetapi tidak dinafikan, individu yang mengalami kemurungan juga akan mengalami kenaikan berat badan apabila mereka melampiaskan tekanan mereka dengan makan secara berlebih-lebihan.

3) ubat-ubatan

Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang boleh menyebabkan penurunan berat badan seperti ubat penahan, ubat penghalang penyerapan lemak atau menghalang metabolisma karbohidrat atau protein. Terdapat juga ubat yang memberi kesan sampingan seperti kekurangan selera makan, muntah, loya, cirit-birit dan sebagainya.

4) senaman berlebihan

Individu yang mengamalkan senaman berlebihan tanpa diseimbangi dengan keperluan tenaga yang sewajarnya akan mengalami penurunan berat badan. Para atlet adalah individu yang berkencenderungan mengalami masalah berat badan akibat menjalani latihan sukan secara berlebihan.

5) kekurangan enzim

Kekurangan enzim pencernaan dan penyerapan akan mengganggu proses pencernaan dan penyerapan nutrisi makanan dan seterusnya menyebabkan gangguan pada berat badan.

6) faktor genetik

Tidak dinafikan faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu faktor penting. Ini kerana genetik akan melibatkan cara atau kadar tubuh kita bertindak dan salah satunya ialah kadar metabolisma. Tidak hairanlah, apabila kita lihat kecenderungan ibu bapa yang kurus untuk mendapat anak yang juga kurus lebih tinggi berbanding ibu bapa yang bertubuh besar. Tetapi, tidak dinafikan juga faktor persekitaran dan didikan dalam keluarga memainkan peranan yang besar dalam melahirkan keluarga bertubuh ideal.


credit to : http://tanyadietitian.blogspot.com 

                          
SUPLEMEN YANG DISYORKAN UNTUK TAMBAH BERAT BADAN :-

                                  

ingin 

          1. Meal Shake 
              - membekalkan 35% atau lebih nilaian harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting.
              - sumber kalsium, fiber dan protien.
              - berperisa vanilla yang sedap

       2. Vitalea 
             - membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron bersama iron yang sangat penting 
                dalam pembentukan dalam sel darah merah.
             - membantu mencantikkan kulit, kuku yang licin, rambut yang kuat.

      3. B- Complex
          -  mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan.

TESTIMONI

And testimoni saya sendiri selepas consume set tambah berat badan ni, berat saya naik 6kg dalam masa 2 minggu.. Menarik bukan ? 

Jika anda sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi saya, jom dapatkan harga istimewa dan setiap pembelian daripada saya, anda berhak mendapat khidmat konsultasi percuma serta menyertai kumpulan pengguna Shaklee kami.

019-3488266 (HANANI)
Shaklee Independet Distributor 947490